Monday, March 31, 2014

Review Implanon

Implanon merupakan sejenis kaedah terbaru di mana ianya mula diperkenalkan di Malaysia pada April 2002. Implanon merupakan sejenis rod sebesar batang mancis yang dimasukkan di bawah kulit lengan atas melalui suntikan. Rod ini akan mengeluarkan sejenis hormon progestogen iaitu etonogesterol pada kadar yang sama setiap hari untuk tempoh 3 tahun. Selepas tempoh 3 tahun, rod ini tidak berkesan lagi dan perlu dibuang. Kedua-dua prosedur iaitu pemakaian dan pembuangan implanon boleh dibuat di klinik, memerlukan hanya bius setempat dan prosedur kedua-duanya tidak melebihi 5 minit.
Hormon yang dikeluarkan oleh implanon akan menyebabkan gangguan pada pengeluaran telur oleh wanita dan seterusnya menghalang kehamilan. Kajian yang dijalankan ke atas hampir 6000 wanita menunjukkan tiada kehamilan dalam tempoh 3 tahun ianya dipasang. Selepas sahaja implanon dikeluarkan, pengeluaran telur akan kembali kepada normal dalam tempoh seminggu.
Antara kesan samping penggunaan implanon adalah gangguan pada kitaran haid sama ada haid akan jadi berpanjangan, haid akan jadi sangat sedikit atau tiada datang haid. Setiap individu akan menunjukkan respons yang berbeza. Kaunseling tentang gangguan haid sebelum pemasangan implanon dapat memastikan setiap individu bersedia jika gangguan pada kitaran haid terjadi.
Implanon boleh dipasang di mana-mana klinik swasta pakar perbidanan atau di klinik LPPKN. Di klinik LPPKN harga implanon adalah sekitar RM 330 manakala di klinik pakar sekitar RM 350 ke 450. (Harga mungkin dah lain sekarang...)Implanon adalah kaedah merancang keluarga yang selamat dan berkesan.
Siapa yang boleh menggunakan implanon?

Wanita yang mahukan kaedah yang mudah, berkesan, mudah dipasang dan ditanggal, mudah kembali untuk subur, kekal di tempat di mana ia dipasang, tidak perlu melakukan sesuatu terhadap kontrasepsi yang dipakai, tidak memakai sebarang kontrasepsi lain dan alah kepada estrogen sintetik.

Siapa yang tidak boleh menggunakan implanon?

Wanita yang mempunyai tumor thromboembolic disorder progestogen dependent (sama ada sudah mengetahuinya atau disyaki), mempunyai sejarah lalu atau semasa penyakit hepatik yang teruk seperti fungsi hati tidak kembali kepada normal, tumor hati benign atau malignant, carcinoma di dada, sedang hamil atau mengalami pendarahan vagina.


seminggu lebam tempat pasang tu
bila dah pasang...mmg boleh rasa benda tu bawah kulit kita

ni la rupanya implanon tu
camnila doc pasang

No comments:

Post a Comment