Wednesday, August 6, 2014

RESEPI MAKANAN BAYI

Resipi masakan kentang

Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.

Cara membuatnya
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.

Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak

Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan airMasuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.

Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.Kisar halus atau terus hidangkan.


Bubur Nasi dan Kurma

Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya
 
Caranya...
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan
 
Bubur ayam istimewa

Bahan-bahan ( 1 orang )

* 2 sudu besar beras
* 2 sudu besar barli
* 2 sudu besar ground oatmeal
* 1 biji kentang
* Sedikit lobak merah
* Sedikit sawi (bahagian daun sahaja)
* Sedikit daun sup (bahagian daun sahaja)
* Sedikit daun bawang
* Sedikit isi ayam
* Sedikit bunga kobis
* Air

Cara-cara

1. Tumbuk kasar beras, barli dan oatmeal.
2. Masak bahan tumbuk dengan air hingga kembang.Masukkan kentang,ayam,lobak merah,bunga kobis.Masak hingga empuk dan pekat.
3. Kemudian masukkan sawi, daun sup dan daun bawang.Masak selama 5 minit lagi.Boleh lah diangkat dan dikisarkan untuk dihidangkan kepada bayi anda.
4. Untuk hidangan org dewasa, atau kanak-kanak bolehlah dimasukkan sedikit garam dan kiub ayam.

Resepi pengenalan kepada daging utk bayi anda....8 bulan ke atas
 
Bahan-bahan ( 1 Orang )

* 1/2 cawan daging lembu (direbus hingga empuk dan dipotong nipis)
* 1 biji kentang
* 1/4 cawan kacang peas tanpa kulit
* Sedikit lobak merah
* Sedikit celery
* 1/4 cawan makaroni
* air

Cara-cara

1. Masukkan makaroni dalam air dan masak hingga lembut.Biarkan atas api yang kecil.
2. Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan ke dalam makaroni tadi.Tambahkan air jika perlu.Masukkan daging.Biarkan seketika di atas api.
3. Angkat dan toskan air rebusan.Jangan buang air rebusan.Gunakan ia utk mengisar isi rebusan tadi sebelum diberikan kepada bayi anda.
4. Untuk Orang dewasa atau kanak-kanak bolehlah ditambahkan garam dan kuib daging.Tidak perlu dikisar utk hidangan dewasa.
 
Bubur ikan istimewa

sedikit beras
ikan merah/tenggiri/bawal/
sedikit halia
seulas bwg putih
kentang/carrot/brokkolo/kubis bunga
sedikit daun sup/ daun bawang

cara..
panaskan minyak
tumis bwg putih dah halia hingga naik bau
masukkan isi ikan
masukkan beras yg sudah di cuci bersih
masukkan kentang / brokolli/carrot (ikut suka)
masak sampai beras masak
taburkan sedikit daun bwg/sup...

utk perasa, gunakan ikan bilis yg di blender, tabur sedikit masa nak suap baby.
sedap....
saya tak gunakan garam atau sebarang serbuk perasa kerana buah pinggang baby
tak dapat nak proses garam...