Salam dan hi,
Arini aku terdetik untuk mencari info mengenai 'baby walker'..ini sebab my beloved son da nak masuk 6 bulan..sekarang ini baru 5 bulan lebih..aqil da pandai meniarap da dan telentang dengan sendiri..tak leh baring lama sat g aqil mengiring terus meniarap..satu lagi aqil asik nak mummy daddy ye pegang bagi nak berdiri je..
tu yang aku terdetik nak cari info pasal 'baby walker'.
Ini info yang aku dapat dari en. google:
"Baby
walker" adalah sejenis alat yang boleh digunakan oleh bayi yang tidak
pandai berjalan sendiri untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang
lain. "Baby walker" yang moden mempunya asas yang diperbuat daripada
plastik keras duduk di atas roda dan kerusi kain yang digantung dengan
lubang kaki. "Baby walker" sering mempunyai mainan yang diletakkan di
atas untuk melekakan bayi. Ia direka untuk kanak-kanak di antara 4
hingga 16bulan. "Baby Walker" telah dikenalkan seawal 1440-an di Eropah.
Ramai ibu
bapa percaya bahawa "Baby walker" seperti mengajar kanak-kanak untuk
berjalan lebih cepat, namun kajian menunjukkan bahawa ia tidak benar,
dan mereka benar-benar boleh melambatkan berjalan kaki sebanyak 2 hingga
3 minggu. Alat ini juga lebih banyak membawa kepada kecederaan. Bahkan
CPSC, Amerika Akademi Pediatrik dan lain-lain organisasi telah mengeluarkan amaran untuk tidak menggalakkan ibu bapa daripada menggunakan "Baby Walker". Di
Kanada, penjualan "Baby walker" telah diharamkan pada 7 April 2004.
Kanada adalah negara pertama di dunia yang mengharamkan penjualan,
pengimportan dan iklan "Baby walker".
BABY WALKER ADALAH BAHAYA
Seperti yang
kita ketahui, terlalu banyak kes yang terjadi di seluruh dunia, dimana
bayi terjatuh ketika menggunakan baby walker. Ada yang terjatuh kerana
roda melanggar mainan lalu terbalik, ada yang terjatuh meluncur ke
tangga, ada yang masuk ke dalam kolam dan sebagainya. Kita sebagai ibu
bapa juga perlu harus berwaspada kerana ketika bayi anda diletakkan ke
dalam baby walker, dia boleh pergi ke merata tempat yang mungkin
membahayakan. Ada sesetengah ibu bapa yang mengambil mudah dengan
penggunaan baby walker.
ADAKAH BABY WALKER EFEKTIF DALAM MEMBANTU BAYI BERJALAN LEBIH CEPAT?
Seperti yang
anda tahu, apabila bayi diletakkan ke dalam baby walker, kebiasaanya
kaki mereka akan tergantung dan hanya sedikit menyentuh lantai. Ini
kerana si bayi lebih memilih untuk banyak duduk berbanding berdiri. Otot
- otot yang digunakan oleh bayi ketika ia bergerak semasa menggunakan
baby walker TIDAK SAMA dengan
otot-otot yang digunakannya untuk berjalan secara normal. Dengan kata
lain, berbagai kemampuan bergerak yang diperlukan ketika bayi berjalan
menggunakan baby walker, sebenarnya tidak akan bermanfaat baginya untuk
berjalan secara normal tanpa baby walker.. Bahkan, jika anda menggunakan
baby walker untuk bayi anda, maka ia akan sukar untuk meningkatkan
kemampuan menjaga keseimbangan tubuh. Ketika ia bergerak menggunakan
baby walker, maka ia akan selalu mempunyai tumpuan sedangkan untuk boleh
berjalan dengan normal, bayi anda harus belajar untuk melangkah tanpa
bertumpu kepada benda apapun.
Sehingga
kini, kajian menunjukkan bahawa penggunaan baby walker akan
mengurangkan motivasi bayi untuk boleh berjalan sendiri. Ia akan menjadi
malas untuk belajar berjalan, kerana sudah terbiasa menggunakan baby
walker. Sebagai alternatif lain, baby walker boleh digantikan dengan
exersaucer (baby walker yang tidak menggunakan roda) atau kerusi tinggi
untuk bayi. Bahkan cara yang paling mudah adalah dengan memberikan kerusi
plastik yang boleh ditolak-tolak oleh bayi anda yang sedang belajar
untuk berjalan dan lebih bermanfaat.